3.1 GANGGUAN EMOSI
Menurut Kamus Dewan (2007), emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Gangguan emosi berlaku apabila seseorang :
- Mengalami emosi tertentu seperti depresi.
- Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan
- Sukar berhubung dengan orang lain.
- Mempunyai 2 atau lebih emosi misalnya antara marah dan takut.
Mengikut
Achmanto Mendatu (2007), gangguan emosi berkisarkan persoalan perasaan
takut dan cemas. Terdapat beberapa jenis perasaan takut yang dapat
dijelmakan dalam bentuk kecemasan seperti :
- Acrophobia (takut kepada ketinggian)
- Agoraphia (takut kepada tempat terbuka)
- Astraphobia (takut kepada cahaya dan kilat)
- Hydrophobia (takut kepada air)
- Sitophobia (takut makan)
- Xenophobia (takut kepada orang asing)
- Nytophobia (takut kepada kegelapan)
- Mysophobia (takut kepada kotor)
- Lain-lain
Gangguan kecemasan mencaupi antaranya :
- Gangguan panik (panic disorder)
- Fobia sosial (social phobia)
- Gangguan kecemasan umum
Orang yang
fobia akan mengalami satu keadaan di mana dirinya akan memasuki situasi
yang menakutkan dan kemudian akan digambaran dengan kecemasan.
3.1.1 Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid
Kanak-kanak yang menghadapi gangguan emosi biasanya :
(i) Tidak berupaya berinteraksi secara formal dengan
kanak-kanak lain. Tingkah laku mereka lebih bersifat keanak-anakan dan
tidak mengikut tahap mereka.
(ii) Ada kalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk.
3.1.2 Punca Gangguan Emosi
Faktor yang ketara yang menyebabkan gangguan emosi ialah masalah-masalah seperti :
(i) Masalah ketidakfungsian otak
(ii) Pemakanan
(iii) Mempunyai kemahiran sosial yang rendah dan tidak mempunyai keyakinan diri
(iv) Masalah keluarga yang sentiasa menunjukkan sikap kasar dan agresif
(v) Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran.
3.1.3 Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid
- Khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor.
- Diberi bimbingan kerjaya
- Mendapat kerjasama daripada ibu bapa.
- Modifikasi tingah laku yang sesuai.
- Didedahkan dengan pengurusan emosi.
- Peraturan bilik darjah yang bersesuaian .
- Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri.
3.2 HAK ASASI KANAK-KANAK
3.2.1 Latar Belakang
Konveksyen
mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) ke-44 pada 20 November 1989 san
memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi :
- Pengabaian
- Penderaan
- Eksplaitasi
- Jaminan kanak-kanak mendapat haknya
Prinsip-Prinsip konvensyen
- Kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan
- Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan
- Kepentingan terbaik anak-kanak harus diberi keutamaan.
- Kanak-kana harus diberikan peluang melibat secara aktif dalam semua perkara dan dierikan kebebasan menyuarakan pendapat.
Perlaksanaan Konvensyen
Konveksyen Hak Kanak-Kanak ini telah :
- Memperaui
bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira
keturunan,warna kulit,jantina, bahasa,agama dan sebagainya.
- Memberikan
penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga
memberi perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan
tanggungjawab mereka.
- Memperakui
bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah berlaku dalam persekitaran
kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman.
- Mengingati
bahawa kanak-kanak belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan
perlindungan dan jagaan has termasuklah perlindungan undang-undang yang
sewajarnya.
- Mengiktirafkan
bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan
yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan tindakan khas.
- Menekankan
pentingnya nilai-nilai tradisi kebudayaan setiap orang bagi perlindungan
dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak.
Prinsip Utama Konveksyen Hak Kanak-Kanak
.jpg) |
Konveksyen dalam kominteman kepada perlindungan kanak-kanak di Malaysia |
Bentuk perundangan telah dibentuk dalam konteks melindungi Kanak-Kanak iaitu
(i) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (akta 468)
(ii) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308)
(iii) Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkutan Anak Angkat)
(iv) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002)
3.2.3 Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak
Antara cara melindungi kanak-kanak di Malaysia :
.jpg) |
Usaha untuk melindungi kanak-kanak |
|
No comments:
Post a Comment