1.1 ISU DAN CABARAN SEMASA
1.1.1 Konsep Isu dan Cabaran Pendidikan
Menurut Kamus Dewan (2007) :
- Isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan.
- Cabaran pula merujuk kepada sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi.
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah :
- Untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan, bekualiti dan untuk itu.
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 telah diperkenalkan pada 11 September 2012.
Sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan alaf baru kerap yang diutarakan :
- ledakan ilmu yang berbentuk global
- masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi untuk membentuk masyarakat madani.
1.2 INTEGRASI NASIONAL
Merupakan
proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza latar belakang,
status sosial dan budaya untuk membentu entiti yang mempunyai norma,
sistem nilai dan mengamalkannya bersama, Integrasi nasional merujuk
kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia.
1.2.1 SEKOLAH WAWASAN
Konsep Sekolah Wawasan diluluskan pada 1997 menggabungkan 3 buah sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya berkongsi kemudahan. Penubuhanannya untuk mengeratkan perpanduan dalam kalangan pelajar. Penyatuan murid-murid dengan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa kebangsaan dan dalam kelas masa yang sama murid dapat memahami budaya, bahasa dan pemikiran kaum lain.
1.2.2 PERANAN GURU DALAM MENANGANI ISU INTEGRASI NASIONAL
Guru dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang
dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri
murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh
dengan agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara yang
glokal. Berdasarkan panduan KPM, peranan guru sebagai pembina negara
bangsa dilaksanakan menerusi :
- Memperkasakan bahasa kebangsaan
- Memantapkan perpanduan negara dan integrasi nasional.
- Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan, budaya dan bangsa.
1.2.3 KONSEP 1 MALAYSIA
Konsep 1
Malaysia diperkenalkan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia membawa aspirasi dan harapan untuk merapatkan
hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan
perpanduan yang erat.
.jpg) |
Terdapat 8 nilai murni yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia |
1.3 PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN
Dewey (1996) mengatakan bahawa pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan
menjadikan pendidikan sebagai ejen bagi meningkatkan kejayaan dan
kualiti hidup. Ahmad Fauzi (1997), Pendemokrasian pendidikan yang
dimaksudkan bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi ialah
persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu (democratizion of access to quality education). Dalam konsep pendemokrasian pendidikan, dasar-dasar penting telah dibentuk.
.jpg) |
Dasar-dasar pendemokrasian di Malaysia |
.jpg) |
Cabaran yang perlu dihadapi |
1.4 TONGGAK PENDIDIKAN UNITED NATIONS EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANISATION (UNESCO)
Terdapat 4 tonggak pendidikan UNESCO :
(i) Belajar untuk menguasai ilmu (leaning to know)
(ii) Belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do)
(iii) Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be)
(iv) Belajar untuk harmoni dan bekerjasama (learning to live together)
1.5 GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
Scholte
(2000:16) menyatakan bahawa globalisasi merujuk kepada proses
menyingkirkan balasan / sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara
negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka. Dalm konteks
pendidikan, globalisasi ialah proses mengenepikan sekatan untuk
menwujudkan dunia terbuka tanpa sempadan.
Impak globalisasi dalam pendidikan
(i) Penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa
(ii) Pendidikan negara terbuka kepada dunia luar
(iii) Pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam negara.
(iv) Peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan institusi swasta.
(v) Kepentingan pengajaran sains dan teknologi,
(vi) Pembenlajaran menggunakan teknologi untuk menguasai maklumat.
(vii) Perubahan peranan guru dalam bilik darjah.
(viii) Pembudayaan teknologi
(ix) Penyediaan peluang pendidikan
(x) Aliran tenaga buruh atau sumber manusia dari luar masuk dalam negara
(xi) Kemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa
(xii) Trandormasi kurikulum dalam pendidikan mengikut kehendak semasa.
1.6 KEPELBAGAIAN BUDAYA
Budaya : cara
hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuana dalam
sesuatu masyarakat yang diterima oleh ahli anggotanya atau diwarisi
secara turun temurun.
.jpg) |
Langkah pembinaan negara bangsa
|
1.7 PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI(TMK)
Antara faedah yang boleh diperolehi daripada Teknologi maklumat dan Komunikasi ialah :
- Pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital.
- Peluang kepada jaringan antara para pendidik dan penyelidik berkongsi bahan penyelidikan dan akademik.
- Memperkembangkan
kemahiran aras tinggu seperti kolborasi di mana-mana shaja tanpa
mengira tempat dan masa serta penyelesaian masalah.
Pengaruh TMK
melalui rangkaian internet amat penting dari segi pengetahuan,
perhubungan dan perkongsian bahan pengajaran-pembelajaran, Cabaran guru
atau masyarakat ialah bagaimana mendidik generasi muda dalam penggunaan
internet secara berkesan untuk pendidikan dan bukan sebaliknya.
1.8 GEJALA SOSIAL
Era globalisasi
dan modenisasi yang berlaku sekarang ini bukan sahaja memberikan kesan
positif tetapi sebaliknya. Maka kebanyakan pelajar terlibat dalam
kebejatan sosial. Dalam masa yang sama kecanggihan teknologi zaman ini
merupakan penyebab berlakunya gejala sosial contohnya memuat naik
gambar-gambar lucah menerusi telefon bimbit verteknologi canggih.
.jpg) |
Faktor menyebabkan gejala sosial |